SURAT RASMI TERIMA KASIH

                                              SAAT BIN SULAIMAN

                                            www.mirafiqa.com

 
  https://jasapdrmkepadanegara.blogspot.my/


Dato' Rosli Ab Rahman KPT 001
Ketua Polis Terengganu Darul Iman
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu
Polis Diraja Malaysia
20918 Kuala Terengganu,
Terengganu DARUL IMAN
Telefon :09-6354722
Faks :              09-6226941
Emel :              IPK Terengganu : ccctrg@rmp.gov.my 23 /9/2017

  TERIMA KASIH


  Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasa anggota PDRM
Terengganu sepanjang saya membawa anak saya bernama NUR AS SYAHIRAH bercuti di negeri Terengganu .

2. Pelbagai kenangan manis sepanjang perjalanan dan kerja sama yang baik
dari semua anggota PDRM ketika saya melancong ke Tasik Kenyir ,Kuala
Terengganu ,Ajil,Paka dan lain-lain daerah.Setiap panggilan telefon ke balai
polis dilayan dengan mesra dan beradab,malah anggota PDRM di negeri
Terengganu sentiasa memberi khidmat mesra,cekap dan amanah .

3. Saya mendoakan PDRM Terengganu terbaik,cemerlang dan disegani dalam
dan luar negara .

4. Ada banyak kenangan manis sepanjang perjalanan di Terengganu bersama anak
keempat saya bernama NUR AS SYAHIRAH .Mendapat nombor satu dalam kelas
pada tahun lepas ,saya membawanya melancong bermula Syawal Kedua 2017 ke
Kelantan,Terengganu dan Pahang .Saya sempat menziarahi kubur sahabat baik di Ajil,
di mana arwah pernah belajar bersama saya di luar negara pada tahun 90an.

5. Buat pengetahuan Datok,apabila saya ingin ke sesuatu tempat sama ada
urusan melancong,bisnes dan sebagainya,saya menyimpan nombor-nombor balai
polis .Ia memudahkan saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

6. Pengalaman paling pahit ialah ditunjuk penumbuk dari seorang pemandu ketika
di bandar Kuala Terengganu.Ketika itu bunyi sebuah ambulans di belakang dan
kenderaan memberi laluan namun kenderaan di depan saya tidak memberi laluan .
Saya membunyikan hon beberapa kali dan akhirnya kereta tersebut
mengesot ke tepi dan ambulans berjaya melepasi kesesakan .Selepas ambulans pergi
dan lampu isyarat bertukar hijau ,pemandu lelaki kenderaan tersebut perlahankan
kenderaan dan memotong kereta saya dengan menunjuk penumbuk kerna mungkin
marah saya membunyikan hon .Saya hubungi Balai Polis Kuala Terengganu dan
memberikan nombor plet kenderaan tersebut .

7. Antara cadangan saya ialah :

a) Perbanyakkan CCTV sepanjang bandar Kuala Terengganu dan kawasan tumpuan
pelancong seperti Tasik Kenyir,Pantai Teluk Ketapang dan sebagainya .

b ) Tambah polis pelancong di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan .

c ) Tambah rondaan kereta peronda PDRM terutama sekali kawasan pelancongan
dan hot spot .

d ) Buat kempen memakai topi kaledar buat penunggang motorsikal di seluruh
negeri Terengganu sama ada di kampung,pekan,Felda,bandar .

e ) Berusahalah menjadikan Terengganu sifar MAT REMPIT kerna tindakan
mereka membuat bising mengganggu penduduk dan pelancong .

8. Pada 28 September 2017 nanti ,anak ke 3 saya akan berkhemah di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail selama 3 hari dan saya berdoa anak saya gembira,selamat dan
mengutip pelbagai pengalaman manis dalam aktiviti bersama rakan sekolah dan
guru-guru.

9. Agak sendu kerna tarikh tersebut adalah ulang tahun saya ke 43 dan saya
terpaksa ‘kehilangan’ seorang anak kesayangan buat sementara waktu .

10. Saya mendoakan PDRM Terengganu terus cemerlang dan gemilang dan
menjadi contoh kepada PDRM negeri lain .

Sekian

Terima kasih

IKHLAS



.................................................
SAAT BIN SULAIMAN



 (TANDA TANGAN TIDAK DIPERLUKAN KERNA DIUTUS MELALUI EMEL ) 

Comments

  1. Top 10 casino apps for iPhone (iPhone) and iPad - DRMCD
    Here's our roundup 토토 사이트 of the best iPhone apps, 김포 출장샵 for the 김포 출장마사지 latest iPhone. The list of all the latest mobile casinos app of 2021. 밀양 출장샵 The 양주 출장샵 list of all the top casinos app

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts